9 Tips Memulakan Langkah Dalam Emas

11 TIPS MEMULAKAN PELABURAN EMAS :

  1. Beli Emas Pelaburan Bukan Barang Kemas.

Produk pelaburan emas terbaik adalah membeli dan menyimpan emas pelaburan iaitu gold bar atau emas dinar untuk pelaburan bukan barang kemas . Jongkong emas dan emas dinar sememangnya di buat khusus untuk pelaburan dimana peratus spread atau susut nilai emas yang rendah antara 5% hingga 9% sahaja berbanding peratus spread barang kemas antara 25% hingga 30%. Kesilapan pelaburan emas yang menyimpan barang kemas sebagai pelaburan kerana harga belian emas tinggi kerana dikenakan upah tukang, dikenakan cukai gst seterusnya dapat harga jual yang rendah kerana peratus spread yang tinggi.

  1. Beli Jongkong Emas Termurah Bebas Cukai GST Untuk Keuntungan Maksima.

Jongkong emas yang mendapat pengecualian cukai gst adalah emas yang di iktiraf dunia seperti emas LBMA (London Bullion Market Association). Jongkong emas LBMA akan dapat pengecualian gst semasa membeli atau menjual emas. Elakkan membeli jongkong emas yang dikenakan cukai gst kerana harga emas menjadi mahal sebanyak 6% iaitu peratus spread akan bertambah 6% dari peratus spread asal seperti jongkong emas

  1. Beli Emas Dari Syarikat Pelaburan Emas Patuh Syariah.

Pembelian emas melalui urusniaga patuh syariah penting untuk keyakinan, keselamatan dan kebersihan seperti yang dituntut dalam islam. Pengesahan patuh syariah hendaklah daripada badan antarabangsa yang di akui bukannya daripada akuan perseorangan atau sesuatu syarikat emas. Pengesahan patuh syariah bukannya boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana memerlukan penelitian, peraturan dan kesahan yang ketat seperti kekukuhan syarikat emas, stok emas, cara urusniaga emas dan sebagainya. Kesilapan pelabur emas ialah mempercayai pelaburan emas patuh syariah yang di istiharkan sendiri pihak tertentu yang menggunakan nama untuk menutupi pelaburan emas tipu atau haram, sedangkan membeli emas tidak dapat emas atau emas tertunggak dengan janji manis imbuhan lumayan.

  1. Beli Emas Dari Syarikat Pelaburan Emas Sah Dan Kukuh.

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang, jadi untuk mengelak kesukaran atau potongan harga jual emas hendaklah membeli atau menyimpan emas dari syarikat emas yang sah dan kukuh. Kesilapan dalam pelaburan emas jika membeli jongkong emas dari syarikat atau kedai emas yang kecil kerana susah untuk dijual atau mendapat harga jual yang rendah apabila menjual emas kepada syarikat emas yang berlainan. Harga jual emas adalah berlainan walaupun sesuatu jongkong emas berketulenan dan berat yang sama terutama jika menjual kepada syarikat yang berlainan.

      5. Beli Emas Pelaburan Fizikal Terus Dapat Emas Bagi Pelabur Modal Besar.

Pelabur emas yang mempunyai modal besar iaitu minima modal boleh membeli emas 1 dinar atau gold bar 10g LBMA bebas gst, lebih baik membuat pembelian emas biasa, beli terus dapat emas untuk memaksimakan keuntungan kerana peratus spread lebih rendah. Pembelian jongkong emas fizikal terus dapat emas akan memaksima keuntungan kerana mengurangkan peratus spread emas, mengurangkan risiko ditipu, selamat, mudah di bawa dan mudah di pajak apabila kecemasan, kesempitan wang atau bencana.

6. Beli Emas Pelaburan Mudah Dibeli dan Dijual Dengan Harga Telus.

Pelaburan emas melibatkan urusniaga jual beli emas, jadi harga emas mestilah telus dengan kemudahan jual beli emas sepanjang masa, kemudahan tempat jual beli emas seperti mempunyai banyak cawangan dan harga emas telus mengikut harga emas dunia yang di paparkan sepanjang masa. Kesilapan dalam pelaburan emas jika membeli jongkong emas tidak berjenama, tidak memaparkan harga jual beli emas, peratus spread tinggi atau emas yang kena cukai gst kerana akan mengalami kesukaran atau kerugian untuk mengadai atau menjual balik emas.

7. Membeli Emas Pelaburan Rendah Spread Atau Susut Nilai Emas.

Cara mendapat keuntungan yang maksima dalam masa yang singkat ialah dengan membeli emas pelaburan yang mempunyai peratus spread (susut nilai) paling rendah. Lagi rendah peratus spread emas, lagi cepat dan banyak keuntungan di perolehi. Bagi penyimpan emas GAP lebih baik mengeluarkan emas fizikal yang besar yang mempunyai spread rendah. Kesilapan dalam pelaburan emas membeli jongkong emas kecil yang mempunyai peratus spread tinggi dengan banyak untuk mengumpul emas. Perlu di ketahui, keuntungan pelaburan emas berbeza walau beratnya sama. Contoh, memiliki sekeping gold bar 20g dengan memiliki 20 keping gold bar 1 g, walau beratnya sama namun sekeping gold bar 20g adalah lebih untung.

8. Membeli Emas Dari Wang Simpanan Atau Lebihan.

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang yang mempunyai spread emas. Jadi hendaklah membeli emas dari wang simpanan atau lebihan wang bukannya dari wang yang akan diguna dalam masa terdekat kerana penjualan emas dalam masa singkat akan mengalami kerugian kerana belum melepasi peratus spread. Kesilapan pelaburan emas ialah membeli emas dari wang yang akan digunakan dalam masa terdekat, akan mengalami kerugian menjual emas balik kerana belum melepasi spread emas.

9. Beli Emas Sekarang.

Waktu paling sesuai mula membeli emas adalah sekarang juga. Jangan tunggu harga rendah untuk membeli emas pada permulaan pelaburan emas. Pembelian pertama pembelian emas adalah tapak pelaburan atau ‘benchmark’ (tanda pengukur) harga emas untuk pembelian emas seterusnya. Dimana jika harga emas turun lagi, boleh tambah beli emas dan pastinya akan merendahkan lagi harga emas melalui konsep pemurataan harga. Waktu terbaik untuk membeli emas adalah sewaktu mempunyai wang dan bukannya sewaktu harga emas murah kerana tiada siapa dapat meramal harga emas dan keuntungan pelaburan emas bukan bergantung kepada pembelian emas yang rendah, tapi bergantung juga kepada harga emas semasa menjual emas.

11 tips penting memulakan pelaburan emas semoga bermanfaat untuk memulakan pelaburan emas sebagai pelindung kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang, ketidaktentuan ekonomi dan bina disiplin menabung emas. Adalah suatu kerugian membiarkan menyimpan wang tunai dalam bank waktu kejatuhan nilai wang kerana nilai wang yang menyusut dengan cepat. Tukar wang kepada emas untuk mengelak penyusutan nilai wang, bekalan dana kecemasan, mengelak kebocoran wang dan menjana harta untuk masa depan.

Advertisements