Pengetahuan Asas Ilmu Emas

Tips memulakan pelaburan emas untuk dapat keuntungan maksima dengan asas ilmu emas, pemilihan emas, cara pembelian emas dan teknik pelaburan emas terbaik

Pelaburan emas adalah pelaburan terbaik kini sebagai pelindung, insurans, penjana keuntungan dan penyelamat semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan  kejatuhan nilai wang, kenaikkan harga barang, peningkatan kos sara hidup serta inflasi. Pada masa peningkatan kos sara hidup kerana kenaikan barangan dan kejatuhan nilai wang, emas dan perak akan menjadi pilihan utama kerana harganya yang sentiasa meningkat terutamanya apabila kejatuhan nilai wang. Umumnya telah mengetahui bahawa nilai wang semakin berkurang dan nilai emas semakin bertambah dalam jangkamasa panjang namun kejatuhan nilai wang yang tinggi pastinya akan meningkatkan lagi harga emas.

Pelaburan emas menjadi pilihan pelabur waktu ekonomi yang tidak menentu kerana pelabur akan bertukar kepada pelaburan yang selamat seperti emas yang kalis inflasi sebagai pelindung kejatuhan nilai wang. Permintaan tinggi terhadap emas akan menyebabkan harga emas meningkat di tambah dengan kejatuhan nilai wang akan menyebabkan harga emas meningkat berganda untuk menjana keuntungan dalam pelaburan emas.

Namun, pelaburan emas juga perlukan ilmu pengetahuan bagi menjana keuntungan maksima dengan memahami pengetahuan asas mengenai emas, pemilihan produk emas terbaik untuk pelaburan, pemilihan syarikat emas, pemilihan cara pembelian emas dan teknik pelaburan emas yang betul.

Pengetahuan asas ilmu emas :

  • 24 Karat iaitu emas 999.9 berketulenan 99.99% emas
  • 22 Karat iaitu emas 916 berketulenan 91.6% emas
  • Emas LBMA, London Bullion Market Association iaitu emas bebas gst
  • Emas bukan LBMA termasuk barang kemas kena cukai gst
  • LBMA Gold Bar iaitu jongkong emas LBMA bebas gst berbentuk empat segi
  • LBMA Gold Wafer iaitu jongkong emas LBMA bebas gst berbentuk bulat
  • LBMA Gold Wafer Dinar iaitu emas dinar berbentuk bulat
  • Non LBMA ialah emas bukan LBMA seperti jongkong emas
  • GAP iaitu Gold Accumulation Program (24K) iaitu harga emas 24 karat GAP
  • LBMA Silver Bar adalah jongkong perak LBMA bebas gst
Advertisements