Berurusan Dengan Ar-Rahnu

Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum sahaja.

Apa yang perlu di bawa?

Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?

Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?

65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

Berapakah caj yang dikenakan?

Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.

Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?

Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

Advertisements

Di mana tempat pajak emas?

Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia:

Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Antara kelebihan simpan emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang control 100%. Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun. Tapi berbeza dengan emas.

Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-rahnu.

Cara pajak di ar-rahnu ni mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum: